PIAGAM PELANGGAN 

SAJ Ranhill beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan bekalan air Negeri Johor berdasarkan kepada aspek – aspek perkhidmatan berikut: –

  1. Air terawat yang dibekalkan adalah selamat untuk digunakan.
  2. Urusan di kaunter pejabat agensi SAJ akan dilayan dalam tempoh 20 minit
  3. Sambungan bekalan air baru akan dibuat selepas bayaran deposit diterima dalam tempoh berikut :

i.          2 hari bagi permohonan individu
ii.         7 hari bagi permohonan berkelompok

  1. Permohonan untuk kelulusan pelan retikulasi akan dijawab dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima
  2. Maklumat gangguan bekalan air terancang akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.
  3. Bekalan air yang telah dipotong atas sebab penguatkuasaan akan disambung semula dalam tempoh 2 hari dari tarikh penerimaan bukti pembayaran
  4. Bekalan air secara alternatif akan diaktifkan selepas 24 jam bekalan air pelanggan terputus disebabkan kegagalan bekalan melalui paip air.
  5. Pertanyaan dan aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 24 jam  melalui saluran berikut :

i.   Talian Mesra 1800-88-7474

ii.  sms 019-7727474

iii. Emel: customer.care@ranhill.com.my