DAFTAR SEKARANG UTAMA NOTIS ADUAN TENDER HUBUNGI KAMI PEJABAT AGENSI KARIER LATIHAN INDUSTRI



PROSEDUR UJI METER


1. Pelanggan boleh memohon bagi ujian meter air untuk mengesahkan ketepatan meter air dengan melengkapkan Borang Uji Meter Air dengan pembayaran deposit. Bayaran deposit untuk ujian meter air adalah seperti berikut:

 

Saiz Meter

Deposit (RM)

15mm – 40mm (½” – 1 ½”) & < 2 “

50.00

50 – 150mm (2” -6”)

400.00

> 150mm (> 6”)

800.00

 

2. Setelah pembayaran deposit disahkan, pesanan kerja akan dikeluarkan kepada kru atau tukang paip / Ranhill SAJ.

3. Ranhill SAJ akan memaklumkan berkenaan tarikh dan tempat untuk ujian meter air seperti permintaan. Pelanggan atau wakil yang sah dijemput dan digalakkan untuk membawa seorang saksi untuk ujian meter air tersebut.

4. Surat pemberitahuan keputusan ujian meter akan dihantar kepada pelanggan setelah keputusan ujian meter air diperolehi.

5. Sekiranya meter air berada dalam keadaan baik, akaun pelanggan akan dikemaskini dan deposit tidak akan dikembalikan.

6. Sekiranya meter didapati rosak dan tidak berfungsi, akaun pelanggan akan dikemaskini dan deposit akan dikembalikan melalui akaun bil air pelanggan dan penyelarasan semula ke atas bil akan dibuat berdasarkan penggunaan meter baharu (dalam tempoh 2 bulan)

7. Muat turun: Borang Ujian Meter Air




Ranhill SAJ Sdn Bhd (199901001818)
Jalan Garuda, Larkin,80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Phone : (+60)7-225 5367/225 5368
Fax : (+60)7-223 5353
Talian Mesra : 1800 88 7474
Email : customer.care@ranhill.com.my