- Air terawat yang dibekalkan selamat untuk digunakan.
- Semua perkhidmatan di kaunter perkhidmatan Ranhill SAJ akan dilayani dalam masa 20 minit.
- Sambungan bekalan air baharu hendaklah dipasang dalam tempoh berikut setelah pembayaran deposit:
- 2 hari untuk permohonan individu
- 7 hari untuk permohonan secara pukal
- Persetujuan untuk rancangan retikulasi akan dijawab dalam masa 21 hari dari tarikh permohonan.
- Pemberitahuan mengenai gangguan bekalan air berjadual hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.
- Penyambungan semula bekalan air disebabkan oleh penguatkuasaan akan dilaksanakan dalam masa 2 hari bekerja setelah penerimaan bukti pembayaran.
- Bekalan air alternatif akan diaktifkan selepas 24 jam kepada pelanggan yang tidak menerima bekalan air melalui paip.
- Pertanyaan & aduan akan dijawab dalam masa 24 jam melalui saluran berikut
i) Talian Bebas Tol: 1800-88-7474
ii) SMS: AT <> RanhillSAJ <> ADUAN dan hantar ke 63001
iii) E-mel: customer.care@ranhill.com.my