DAFTAR SEKARANG UTAMA NOTIS ADUAN TENDER HUBUNGI KAMI PEJABAT AGENSI KARIER LATIHAN INDUSTRI



SOALAN LAZIM


A - Maklumat Mengenai Bil

 

  1. Berapa kerap saya akan menerima bil air saya?

          Secara amnya, anda akan menerima bil air anda sebulan sekali

 

  1. Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya tidak menerima bil air saya?

          Sekiranya anda tidak menerima bil air selama lebih dua bulan berturut-turut, anda boleh menyemak bil anda sama ada melalui aplikasi MYSAJ atau dengan cara menghantar e-mel kepada kami di customer.care@ranhill.com.my

 

  1. Mengapa bil air saya tiba-tiba terlalu tinggi?

          Ini mungkin disebabkan oleh kebocoran paip dalaman anda atau limpahan tangki bumbung.

 

  1. Bagaimana saya dapat mengesan sekiranya terdapat kebocoran pada sistem paip dalaman di rumah saya?

           Sebelum tidur dan semua orang di rumah tidak menggunakan air, baca meter air dan catatkan. Keesokan paginya, sebelum menggunakan air, baca meter air dan periksa sama ada terdapat perbezaan dalam bacaan. Sekiranya terdapat perbezaan pada bacaan  meter maka air itu menandakan terdapat kebocoran pada paip dalaman rumah anda. Anda boleh mendapatkan khidmat tukang paip yang berdaftar untuk membaiki kebocoran tersebut.

 

  1. Bolehkah saya menerima bil air melalui e-mel?

          Ya. Anda boleh melihat bil air anda dan salinan e-billing akan dihantar ke alamat e-mel anda yang telah didaftarkan semasa membuat pendaftaran perkhidmatan e-Billing Ranhill SAJ.

 

  1. Di mana saya boleh membayar bil air saya?

           Anda boleh membayar bil air anda di:

            a) Kaunter: Agro Bank, Bank Islam, BSN, Maybank, Pos Malaysia.

            b) Akaun Simpanan: Agro Bank, Bank Islam, BSN, Maybank.

            c) FPX: Bank yang berkaitan dengan JomPay.

            d) Kios: Mobility One, Paylink, MOL 7-Eleven, ePay.

            e) JomPay: Bank yang berkaitan dengan JomPay.

            f) Semua Pejabat Agensi Ranhill SAJ

            g) e-Billing

            h) Aplikasi MySAJ




Ranhill SAJ Sdn Bhd 199901001818 (476718-H)
Jalan Garuda, Larkin,80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Phone : (+60)7-225 5367/225 5368/224 4040
Fax : (+60)7-223 5353
Talian Mesra : 1800 88 7474