A - Maklumat Mengenai Bil
Secara amnya, anda akan menerima bil air anda sebulan sekali
Sekiranya anda tidak menerima bil air selama lebih dua bulan berturut-turut, anda boleh menyemak bil anda sama ada melalui aplikasi MYSAJ atau dengan cara menghantar e-mel kepada kami di customer.care@ranhill.com.my
Ini mungkin disebabkan oleh kebocoran paip dalaman anda atau limpahan tangki bumbung.
Sebelum tidur dan semua orang di rumah tidak menggunakan air, baca meter air dan catatkan. Keesokan paginya, sebelum menggunakan air, baca meter air dan periksa sama ada terdapat perbezaan dalam bacaan. Sekiranya terdapat perbezaan pada bacaan meter maka air itu menandakan terdapat kebocoran pada paip dalaman rumah anda. Anda boleh mendapatkan khidmat tukang paip yang berdaftar untuk membaiki kebocoran tersebut.
Ya. Anda boleh melihat bil air anda dan salinan e-billing akan dihantar ke alamat e-mel anda yang telah didaftarkan semasa membuat pendaftaran perkhidmatan e-Billing Ranhill SAJ.
Anda boleh membayar bil air anda di:
a) Kaunter: Agro Bank, Bank Islam, BSN, Maybank, Pos Malaysia.
b) Akaun Simpanan: Agro Bank, Bank Islam, BSN, Maybank.
c) FPX: Bank yang berkaitan dengan JomPay.
d) Kios: Mobility One, Paylink, MOL 7-Eleven, ePay.
e) JomPay: Bank yang berkaitan dengan JomPay.
f) Semua Pejabat Agensi Ranhill SAJ
g) e-Billing
h) Aplikasi MySAJ