NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PENGGUNA

Pengguna Yang Dihormati;

Notis ini bertujuan mematuhi kehendak penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memaklumkan hak-hak pengguna keatas data-data peribadi (“Data Peribadi”) yang telah dan akan pengguna berikan kepada Ranhill SAJ Sdn Bhd bagi tujuan bekalan air.

DATA PERIBADI PENGGUNA

Ranhill SAJ Sdn Bhd akan memproses data peribadi berikut seperti yang diberikan oleh pengguna kepada pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd atau wakilnya di dalam borang bagi proses bekalan air :

Nama
Nombor Kad Pengenalan / passport
Maklumat perhubungan; alamat premis bekalan,
Butiran terperinci seperti alamat surat menyurat, no. telefon bimbit, no. telefon, no faks dan alamat e-mail
Maklumat akaun bil air
Lain-lain data peribadi yang diperolehi dari dokumen perundangan termasuk Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Surat kuasa Mentadbir, Sijil Pengesahan Wasiat, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran Dan Sijil Kematian.
PEMPROSESAN DATA PERIBADI PENGGUNA

Ranhill SAJ Sdn Bhd akan memproses data peribadi pengguna bagi tujuan berikut :

Membekalkan air untuk premis pengguna dan lain-lain perkhidmatan.
Menyerahkan bil berkaitan ke premis
Menyenggara pengkalan data dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan
Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air
Mendapatkan wang yang kena dibayar dan pemulihan bayaran
Menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Berkomunikasi dengan pengguna.
Data peribadi dan maklumat pengguna sangat diperlukan oleh Ranhill SAJ Sdn Bhd agar tidak menjejaskan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas.

PENZAHIRAN DATA PERIBADI

Ranhill SAJ Sdn Bhd mungkin akan menzahirkan data peribadi pengguna kepada pihak-pihak seperti dibawah bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan :

Pembekal perkhidmatan/ Tukang Paip
Ejen Pemungut Hutang
Pembekalkan perkhidmatan pemprosesan data.
Operator perkhidmatan air lain
Operator perkhidmatan pembentungan
Jika dikehendaki oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang
Peguam yang dilantik untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Ranhill SAJ Sdn Bhd, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.
AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN

Pengguna boleh pada bila-bila masa (mungkin tertakluk kepada fi) mengemukakan permohonan bertulis meminta akses kepada, membuat pembetulan, atau menghadkan pemprosesan terhadap Data Peribadi atau untuk apa-apa aduan ke alamat dan e-mel seperti berikut :-

Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan & Perlindungan Data

Ranhill SAJ Sdn Bhd

Bangunan Ranhill SAJ Sdn Bhd

Jalan Garuda, Larkin

80350 Johor Bahru

e-mel : sajpdpa@ranhill.com.my

PERSONAL DATA CORRECTION REQUEST FORM